Selasa, November 09, 2010

MAKAN PANGLIMA LIDAH HITAM

Makam Panglima Lidah Hitam "Bapak Seni Silat Lintau di Malaya (Malaysia)" terletak di Parit Sakai Jalan Joned Muar.

Bahagian berbalut kain kuning ini dikatakan tumbuhan batu yang berbentuk lidah.

Pada tahun 1716, satu pertempuran hebat telah berlaku di muara sungai Muar diantara Angkatan Padang dengan lanun-lanun berlanjutan selama beberapa hari. Akhirnya angkatan Padang berjaya menumpaskan sebahagian besar dari lanun-lanun. Namun di akhir pertempuran kapal yang dinaiki Panglima Lidah Hitam berjaya dikaramkan oleh saki baki lanun. Beliau dan beberapa pengiringnya telah lemas. Kematian beliau tidak disedari oleh pengikut-pengikutnya kerana sibuk bertempur.

Sehinggalah setelah beberapa hari tamat bertempur, seorang penduduk Parit Sakai telah ternampak dua mayat terapung tersangkut pada pokok Tuak di kuala parit tersebut. Memandangkan hari telah senja, mayat-mayat itu dibiarkan saja terapung. Pada keesokan pagi, barulah orang-orang kampung datang membawa mayat-mayat tersebut ke darat. Satu daripada mayat itu mempunyai lidah yang panjang berwarna hitam dan berbulu. Anehnya mayat ini tidak busuk dan reput walaupun sudah beberapa lama berada di dalam laut.

Mayat yang berlidah hitam (dipercayai mayat Baginda Zaharuddin) itu telah dimakamkan di tepi Parit Sakai. Setelah dimakamkan satu perkara ganjil telah berlaku pada keesokkan hari. Satu tumbuhan batu telah timbul di atas kedudukan kepala makam tersebut yang berbentuk lidah dan berwarna hitam cerah. Apabila malam bulan purnama, batu itu akan bertukar warna menjadi hitam pekat.Oleh sebab keganjilan berlaku di makam itu, ia telah dianggap keramat oleh penduduk-penduduk di situ dan dipanggil "KERAMAT LIDAH HITAM". 

Makam ini telah diakui lagenda sejarah dan pada tahun 1977,  Dato Samad bin Idris, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan waktu itu telah datang melawat dan merasmikan bangunan baru makam Lidah Hitam.

2 ulasan:

Gerakan Timur berkata...

salam,

apa jadi dgn makan tu skrg???

Gerakan Timur berkata...

sorryy.. makam, bukan makan... apa jadi???