Isnin, November 08, 2010

SEJARAH SILAT LINTAU ( BAHAGIAN 1)

  • 1662 : TENGKU NANRINCI DILAHIRKAN DI KAWASAN PAGAR RUYUNG @ NAUNGAN PEPATIH NAN SEBATANG, KAMPUNG LINTAU
  • 1671 : BERUMUR 9 TAHUN BELAJAR AGAMA DI BUKIT MERAPI, SUMATERA
  • 1680 : BERUMUR 18 TAHUN TAMAT BELAJAR AGAMA DAN MENGETUAI ANGKATAN TENTERA MENYERANG PANGLIMA GAJAH PUTIH DAN MENJATUHKAN KERAJAAN MAJAPAHIT. (SETELAH MEMENANGI PERTANDINGAN KEPAHLAWANAN)
  • 1683 : BELIAU DILANTIK SEBAGAI KETUA BAGI KUMPULANNYA DENGAN GELARAN: 
    • (KETUA) TENGKU NANRINCI SBG BENDAHARA SAKTI (PENGASAS SILAT LINTAU)
    • TENGKU NAN PUTIH SBG BAGINDA GARANG (PENGASAS SILAT SENDENG)
    • TENGKU MALIM SBG DATUK SETIA RAJA (PENGASAS SILAT TERALAK)
    • TENGKU RAJA INDAH SBG DATUK PANGLIMA KAYA (PENGASAS SILAT SELAYANG)
  • 1699 : TUANKU NANRINCI BERKAHWIN
  • 1683 : LAHIR BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH
  • 1685 : LAHIR BAGINDA TENGKU SANI
  • 1688 : LAHIR BAGINDA TENGKU SAID ALI (MENINGGAL DUNIA DI PATTANI KETIKA MENCARI BAGINDA ZAHARUDDIN PADA 1724
  • 1690 : LAHIR ANAK PEREMPUAN TUNGGAL IAITU BAGINDA TENGKU DANG WANGI
  • 1693 : BAGINDA ZAHARUDDIN BELAJAR AGAMA DI BUKIT MERAPI DITURUTI OLEH ADIK-ADIKNYA DAN MENDAPAT GELARAN SYEIKH BONDU KADIUNG DI SEKITAR KEPULAUAN SUMATERA
  • 1707 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN BERKAHWIN
  • 1720 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SAMPAI DI MELAKA DALAM PERJALANAN KE MEKAH DENGAN SAHABAT SERTA SAUDARA-MARANYA (KETIKA BERUMUR 37 THN)
  • 1721 : BERTEMU DENGNA ORANG KAYA KULUB (ORANG KAYA BAUK) YANG DILANTIK OLEH SULTAN SULAIMAN DAIK YANG MEMERINTAH DARI KUALA KESANG (KINI TANJUNG EMAS SEHINGGA SUNGAI SARANG BUAYA) MEMINTA BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN MENGHAPUSKAN LANUN-LANUN DI SELAT MELAKA.  BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN DAN ROMBONGANNYA BERSETUJU DAN BELAYAR SINGGAH DI PULAU KUNDUR (KINI PULAU SIALU), DI ANTARA MUAR DAN BATU PAHAT.  BERJUMPA DENGAN KELUARGA HAJI MOHD SALLEH B. HUSSIN DAN ISTERINYA HAJAH NYONYA SERTA ANAK PEREMPUAN MEREKA IAITU HITAM MANIS UNTUK TINGGAL SEKETIKA WAKTU MENJALANKAN TUGAS MENENTANG LANUN TERSEBUT.  KEBANYAKKAN PENDUDUK PULAU TERSEBUT BERASAL DARI PANTAI MELAKA.  KINI YANG TINGGAL HANYA KELUARGA HAJI SALLEH SAHAJA KERANA YANG LAIN TELAH DI USIR OLEH LANUN TERSEBUT.  SELAIN DARIPADA ITU, BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN MEMBUKA KELAS AGAMA DI DAERAH MUAR DENGAN DIBANTU OLEH SAUDARA DAN SAHABATNYA. 
  • 1722 : BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH BERKAHWIN DENGAN HITAM MANIS UNTUK MENJADA KESELAMATAN MEREKA SEKELUARGA SERTA PULAU KUNDUR, DAN TIDAK DIKURNIAKAN CAHAYA MATA.
  • 1723 : LANUN - LANUN BERJAYA DIHAPUSKAN DENGAN BANTUAN PENDUDUK SETEMPAT YANG TELAH MEMPELAJARI SILAT LINTAU DARI BAGINDA.
  • 1724 : BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH PERGI MEMANCING DENGAN DUA ORANG SAHABATNYA TENPA MEMBAWA SENJATA.  SAKI BAKI LANUN TELAH MENYERANG BELIAU TETAPI GAGAL MENGALAHKANNYA LALU LANUN TERSEBUT MEMECAHKAN PERAHU KECIL BELIAU DENGAN MEMBALING TOMBAK KE ARAH PERAHU TERSEBUT.  RIBUT DATANG PULA PADA WAKTU ITU DAN BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH TELAH HANYUT DAN LEMAS MANAKALA SEORANG SAHABATNYA SEMPAT BERPAUT PADA SERPIHAN SAMPAN TERSEBUT DAN SAMPAI DI PERSISIRAN PANTAI MUAR.  BAGINDA TUANKU ZAHARUDDIN SYAH MENINGGAL DUNIA KETIKA BERUMUR 42 TAHUN.  MAYAT BAGINDA TENGKU ZAHARUDDIN SYAH HANYUT DI PANTAI BERHAMPIRAN KAMPUNG PARITA SAKAI LAUT MUAR DAN TERSANGKUT PADA AKAR POKOK TUAK (BUAT GASING MELAYU).  MAYAT BELIAU TIDAK BUSUK DAN ORANG KAMPUNG MENGENALINYA SEBAGAI LIDAH HITAM KERANA LIDAHNYA BERWARNA HITAM DAN DIKEBUMIKAN DI KAMPUNG TERSEBUT.  PADA MALAM SELEPAS PENGKEBUMIAN, KEDENGARAN BUNYI 7 KALI DENTUMAN MERIAM DARIPADA MAKAN BELIAU DAN BATU NISAN DI MAKAM TERSEBUT TELAH BERTUKAR MENJADI SEPERTI LIDAH BERWARNA HITAM LALU PENDUDUK KAMPUNG MENGGELARKANNYA KERAMAT LIDAH HITAM (PENGASAS SENI SILAT LINTAU MALAYSIA).  BERITA KEMATIAN BELIAU TELAH DIKETAHUI OLEH TUANKU NANRINCI LALU MENYURUH TUANKU BAGINDA SAID ALI MENCARI DIMANA MAKAN KEKANDA BELIAU DI PATTANI DAN MENINGGAL DUNIA.  
- BERSAMBUNG... - 

Tiada ulasan: